Pengumuman

(1) Selamat Datang Ke Portal Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Klang.    (2) Pendaftaran Keahlian PPM bagi tahun 2014 kini dibuka.    (3) Pelbagai program sedang diaturkan sepanjang tahun 2014, terus bersama dengan portal untuk mengetahui perkembangan terkini.    (4) Sila ikuti perkembangan terkini mengenai pergerakan pengakap Klang di laman sosial facebook " Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Klang ".    (5) Portal Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Klang masih lagi dalam proses pembangunan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Rabu, 5 Februari 2014

Pendaftaran Keahlian PPM bagi tahun 2014

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera serta Salam Pengakap!,

Mohon kerjasama semua Pemimpin Pengakap untuk membuat pendaftaran dengan kadar segera selewat - lewatnya pertengahan bulan Februari supaya kad keahlian dapat diperolehi awal.

Pastikan juga semua kuasa penganjur ( Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan ) turut didaftar sebagai Ahli Biasa ( ahli tidak berpakaian seragam ).

Borang pendaftaran boleh dimuat turun di ruangan Menu > Muat Turun. Borang yang lengkap dan ditandatangani oleh kuasa penganjur hendaklah dihantar terus kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah bersama dengan bayaran yuran keahlian. " Sofy copy " boleh emelkan ke sidahsedek@yahoo.com. Sebarang masalah boleh hubungi Pn Sidah Sedek ( hp : 013-3988445 ).

Kerjasama semua pemimpin amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,


Berkhidmat untuk negara melalui berpengakap.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Klang